dentistsnearby-covid-19   dentsplysirona-malaysia-dentistsnearby  StraumannGroup Logo Certified Partner RGB 1   AI logo 400x200 

search-dentists-malaysia

Dental Related Videos

Pembedahan Implan Gigi

 

Gambaran Keseluruhan

 

Pembedahan implan gigi
Implan gigi diperbuat daripada silinder besi yang menggantikan sebahagian akar untuk gigi yang hilang. Gigi tiruan (crown) diletak pada sambungan tiang (penyangga) di implan dan kelihatan seperti gigi sebenar.Pembedahan implan gigi
Implan gigi diperbuat daripada silinder besi yang menggantikan sebahagian akar untuk gigi yang hilang. Gigi tiruan (crown) diletak pada sambungan tiang (penyangga) di implan dan kelihatan seperti gigi sebenar.

 

 

 

 

Pembedahan implan gigi di Selangor, Malaysia

 

Pembedahan implan gigi adalah prosedur yang menggantikan akar gigi dengan besi atau skru seperti tiang dan menggantikan gigi yang rosak atau tiada dengan gigi tiruan yang kelihatan dan berfungsi seperti gigi sebenar. Pembedahan implan gigi adalah alternatif untuk gigi palsu atau bridge yang tidak muat dan memberikan anda pilihan jika akar gigi semulajadi anda tidak cukup dan hal ini tidak membolehkan anda untuk buat gigi palsu atau bridge untuk penggantian gigi.

 

https://dentist3.com/2022/06/26/rawatan-implan-gigi-tanam-gigi-di-selangor-malaysia/

 

Bagaimana implan gigi dibuat bergantung kepada jenis implan dan keadaan tulang rahang anda. Pembedahan implan gigi melibatkan beberapa prosedur. Kelebihan utama implan ialah menyokong gigi baru anda – proses ini memerlukan tulang anda sembuh dengan baik di sekeliling implan. Hal ini kerana, tulang memerlukan masa untuk sembuh dan mungkin mengambil masa beberapa bulan.

 

Kenapa implan Gigi dibuat

 

Implan gigi dipasang pada tulang rahang anda dan berfungsi sebagai akar gigi yang hilang. Besi implan iaitu titanium akan sebati dengan tulang rahang anda menjadikan ia tidak akan tergelincir atau menyebabkan tulang rosak. Perkara berikut berpotensi terjadi dengan gigi palsu atau bridge. Bahan yang digunakan juga tidak akan reput seperti gigi asal anda dan digunakan untuk menyokong bridge.

 

Umumnya, implan gigi mungkin sesuai untuk anda jika:

 

  • Ketiadaan satu atau beberapa gigi
  • Mempunyai tulang rahang yang sudah mencapai pertumbuhan penuh
  • Mempunyai tulang mencukupi untuk dipasang implan atau jika perlu buat cantuman tulang

 

  • Mempunyai kesihatan tisu mulut yang baik
  • Tidak mempunyai masalah kesihatan yang akan memberi kesan terhadap penyembuhan tulang
  • Tidak mampu atau tidak sanggup memakai gigi palsu
  • Ingin memudahkan percakapan
  • Ada masa beberapa bulan untuk proses ini selesai
  • Tidak merokok tembakau

 

Risiko untuk Rawatan Implan Gigi

 

Seperti pembedahan lain, pembedahan implan gigi juga ada risikonya. Risikonya sangat tipis dan jarang berlaku namun biasanya sangat ringan dan boleh dirawat dengan mudah. Risikonya termasuklah:

 

  • Jangkitan pada tempat implan
  • Luka atau terdapat kerosakan disekeliling struktur seperti gigi lain atau saluran darah
  • Kerosakan saraf yang menyebabkan kesakitan, kebas atau menggigil pada gigi asal, gusi, bibir atau dagu
  • Masalah dalam hidung jika implan gigi dipasang pada rahang atas dan menembusi kaviti hidung anda

 

Bagaimana cara untuk anda bersedia untuk Rawatan Implan Gigi

 

Proses perancangan untuk implan gigi mungkin melibatkan beberapa orang pakar dalam bidang berlainan termasuklah doktor pakar mulut, rahang dan wajah (pakar bedah mulut dan maksilofasial), doktor gigi yang pakar membuat struktur untuk menyokong gigi seperti gusi dan tulang (ahli periodontik), doktor gigi yang merekabentuk gigi tiruan (ahli prostodontik) atau kadang-kadang pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) juga terlibat sama.

 

Disebabkan implan gigi memerlukan anda membuat satu atau mungkin lebih daripada satu prosedur, anda perlu melalui penilaian untuk membolehkan anda bersedia dengan prosesnya termasuklah:

 

  • Ujian gigi menyeluruh. Anda perlu membuat X-ray dan imej 3D serta membuat model gigi.
  • Penilaian sejarah perubatan anda. Beritahu doktor anda jika anda ada masalah kesihatan dan jika anda ada ambil ubat-ubatan termasuklah preskripsi dan ubatan serta suplemen. Jika anda ada masalah hati atau mempunyai implan ortopedik, doktor akan memberikan antibiotik sebelum pembedahan untuk mengelakkan jangkitan.
  • Pelan rawatan. Dibuat mengikut situasi individu. Pelan ini mengambil kira faktor seperti berapa batang gigi yang perlu diganti dan keadaan tulang rahang dan gigi yang tinggal.

 

Untuk mengawal sakit, pilihan ubat bius akan diberi semasa pembedahan termasuklan ubat bius setempat, sedatif atau ubat bius umum. Anda boleh beritahu pilihan mana yang terbaik untuk anda. Doktor akan memberitahu anda tentang cara pemakanan dan minuman selepas pembedahan bergantung kepada jenis ubat bius yang anda ambil. Jika anda memilih sedatif atau ubat bius umum, anda perlu merancang cara untuk pulang ke rumah selepas pembedahan atau cari orang untuk mengambil anda, kemudian dapatkan rehat secukupnya selepas itu.

 

https://dentist3.com/2022/06/26/rawatan-implan-gigi-tanam-gigi-di-selangor-malaysia/

 

Apa jangkaan anda

 

Pembedahan implan gigi biasanya pembedahan pesakit luar yang dibuat dalam beberapa peringkat dan pastikan ada masa untuk sembuh di antara prosedur. Proses pemasangan implan terdiri daripada beberapa langkah:

 

  • Mencabut gigi yang rosak

 

  • Persediaan tulang rahang (cantuman), jika perlu
  • Pemasangan implan gigi
  • Pertumbuhan dan penyembuhan tulang 
  • Pemasangan penyangga
  • Pemasangan gigi tiruan

 

Proses ini boleh mengambil masa beberapa bulan untuk siap. Kebanyakan masa dihabiskan untuk penyembuhan dan menunggu pertumbuhan tulang baru dalam rahang anda. Bergantung kepada situasi, prosedur spesifik perlu dibuat atau bahan yang digunakan, sesetengah langkah boleh digabungkan.

 

Jika memerlukan cantuman tulang

 

Doktor bedah mungkin perlu memindahkan sedikit tulang – biasanya dari tempat lain pada tulang rahang atas dan bawah – untuk memberikan implan gigi asas yang kukuh.Doktor bedah mungkin perlu memindahkan sedikit tulang – biasanya dari tempat lain pada tulang rahang atas dan bawah – untuk memberikan implan gigi asas yang kukuh.

 

Cantuman tulang rahang (Bone Grafting)

 

Jika tulang rahang anda tidak cukup tebal atau terlalu lembut, anda mungkin perlu cantuman tulang sebelum membuat pembedahan implan gigi. Hal ini keranan kunyahan anda menghasilkan tekanan yang kuat pada tulang anda dan jika ia tidak mampu menyokong implan, pembedahan mungkin akan gagal. Cantuman tulang akan memberikan asas yang lebih kukuh untuk implan.

 

Ada beberapa bahan cantuman tulang yang boleh digunakan untuk membina semula tulang rahang. Pilihan yang ada termasulah cantuman tulang semulajadi seperti dari lokasi lain pada badan anda atau cantuman tulang sintetik seperti bahan pengganti tulang yang memberikan struktur untuk menyokong pertumbuhan tulang baru. Beritahu doktor anda pilihan yang terbaik untuk anda.

 

Proses ini mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk memindahkan tulang untuk pertumbuhan tulang baru bagi menyokong implan. Untuk sesetengah kes, anda mungkin perlu cantuman kecil tulang yang boleh dilakukan pada masa yang sama dengan pembedahan implan. Keadaan tulang rahang anda akan menentukan apa yang patut dibuat.

 

Memasang implan gigi di Selangor, Malaysia

 

Semasa pembedahan memasang implan, pakar bedah akan memotong sedikit gusi dan mendedahkan tulang. Doktor akan membuat lubang untuk meletakkan tiang besi. Tiang berfungsi sebagai akar gigi, ia akan diimplan dalam tulang.

 

Pada peringkat ini, masih ada ruang kosong pada tempat gigi yang hilang. Gigi palsu jenis separuh dan sementara akan diletakkan untuk penampilan anda jika perlu. Anda boleh buka gigi palsu ini untuk dicuci dan sebelum tidur.

 

Menunggu pertumbuhan tulang

 

Setelah implan dipasang, proses oseointegrasi akan bermula. Semasa proses ini, tulang rahang akan tumbuh dan bersatu dengan permukaan implan gigi. Proses ini mungkin mengambil masa beberapa bulan bagi membantu menyediakan asas kukuh untuk gigi tiruan baru – seperti yang dibuat akar untuk gigi asal anda.

 

Memasang penyangga

 

Setelah selesai oseointegrasi, anda mungkin perlu buat pembedahan tambahan untuk memasang penyangga – kepingan dimana crown akan dipasang. Pembedahan kecil akan dibuat dengan ubat bius setempat untuk pesakit luar.

 

https://dentist3.com/2022/06/26/rawatan-implan-gigi-tanam-gigi-di-selangor-malaysia/

 

Untuk memasang penyangga:

 

  • Doktor gigi akan membuka semula gusi untuk mendedahkan implan gigi
  • Penyangga akan dipasang pada implan gigi
  • Tisu gusi akan ditutup disekililingnya tapi bukan di atas penyangga

 

Untuk sesetengah kes, penyangga akan dipasang pada tiang besi implan. Hal ini bermakna anda tidak perlu pembedahan tambahan. Penyangga berada selepas garisan gusi dan akan kelihatan jika anda membuka mulut – dan akan masih kelihatan sehinggalah doktor memasang gigi prostesis untuk anda. Ada orang tidak suka keadaan itu dan lebih gemar penyangga dipasang pada waktu lain.

 

Selepas penyangga dipasang, gusi anda mesti sembuh dalam masa 2 minggu untuk dipasang gigi tiruan.

 

Memilih gigi tiruan yang baru

 

Setelah gusi anda sembuh, acuan mulut akan diambil. Acuan ini digunakan untuk membuat crown – gigi tiruan sebenar. Crown tidak akan dipasang selagi tulang rahang anda tidak kuat untuk menyokong gigi baru.

 

Anda dan doktor akan memilih gigi tiruan yang boleh dibuka, tetap atau kombinasi kedua-duanya:

 

  • Boleh dibuka. Yang jenis ini sama dengan gigi palsu biasa dan terdiri daripada gigi palsu separuh atau penuh. Ia mengandungi gigi putih tiruan yang mempunyai gusi merah jambu plastik. Ia akan dilekat pada rangka besi yang dipasang pada penyangga implan dan dikepit dengan selamat. Ia boleh dibuka untuk dicuci setiap hari atau dibaiki.
  • Tetap. Untuk jenis ini, gigi tirun akan diskru atau disimen secara kekal pada penyangga implan. Anda tidak boleh membuka gigi untuk mencuci atau semasa tidur. Biasanya, setiap satu crown akan dipasang pada satu implan. Tapi, disebabkan implan adalah kuat, beberapa batang gigi boleh menggunakan satu implan untuk membuat bridge. 

 

Selepas prosedur Tanam Gigi

 

Sama ada anda membuat implan dalam satu peringkat atau beberapa peringkat, anda akan mengalami ketidakselesaan semasa pembedahan seperti:

 

  • Bengkak pada gusi dan wajah
  • Luka pada kulit dan gusi
  • Sakit di tempat implan
  • Cedera ringan

 

Anda mungkin perlu ubat tahan sakit atau antibiotik selepas pembedahan implan. Jika anda mengalami bengkak, tidak selesa atau ada masalah lain sehari selepas pembedahan, segera hubungi doktor bedah anda.

 

Selepas setiap peringkat pembedahan, anda mungkin perlu makan makanan lembut sementara menunggu ruang di tempat bedah sembuh. Biasanya, doktor bedah akan menjahit menggunakan benang yang akan menyerap sendiri. Jika jahitan benang anda tidak menyerap sendiri, doktor akan membuangnya kemudian hari.

 

Hasil keputusan

 

Kebanyakan implan gigi memang berjaya. Kadang-kadang, ada juga kes tulang gagal untuk bercantum  dengan implan gigi. Tabiat merokok mungkin menyumbang kepada kegagalan implan atau mungkin menyebabkan komplikasi.

 

Jika tulang gagal untuk bercantum, implan akan dibuang, tulang akan dicuci dan anda boleh buat procedur ini lagi sekali dalam masa 3 bulan.

 

Anda boleh bantu gigi anda berfungsi — dan gigi asal— tahan lama:

 

  • Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang terbaik. Seperti menjaga gigi asal anda, jaga kebersihan implan, gigi tiruan dan gusi dengan baik. Berus yang direka khas iaitu berus interdental boleh memasuki antara gigi membantu mencuci sisa makanan di sekeliling gigi, gusi dan tiang besi.

 

  • Sentiasa jumpa doktor gigi anda. Tetapkan jadual untuk membuat pemeriksaan gigi bagi memastikan implan anda berfungsi dengan baik dan sihat serta amalkan penjagaan mulut yang baik.
  • Elakkan tabiat yang merosakkan gigi. Jangan mengunyah benda keras seperti ais dan gula-gula keras yang boleh membuat crown pecah – atau gigi asal anda. Elakkan menghisap tembakau dan menggunakan produk yang mempunyai kafein. Dapatkan rawatan segera jika anda mengisar gigi semasa tidur.

 

https://dentist3.com/2022/06/26/rawatan-implan-gigi-tanam-gigi-di-selangor-malaysia/

Newsletter

dentistsnearby-newsletter-subscribe-150px-for-web

! IMPORTANT ! Check Your Email

Info Pergigian Exclusive Di Emel Anda!
Exclusive Dental Updates / Offers In Your Inbox!

More Videos

×

dentistsnearby-newsletter-subscribe-150px-for-web

! IMPORTANT ! Check Your Email

Info Pergigian Exclusive Di Emel Anda!
Exclusive Dental Updates / Offers In Your Inbox!