dentistsnearby-covid-19   dentsplysirona-malaysia-dentistsnearby  StraumannGroup Logo Certified Partner RGB 1   AI logo 400x200 

search-dentists-malaysia

 Rawatan Implan Gigi / Tanam Gigi & Kos di Malaysia

Berhasrat untuk mendapatkan Implan Gigi ?

Maklumat Implan Gigi

Pada zaman sekarang, penggunaan implan gigi makin berleluasa di Malaysia dan ia adalah salah satu rawatan untuk penggantian gigi yang hilang.

Apakah maksud Implan / Tanam gigi ?

Implan gigi adalah pengganti akar gigi yang selalunya diperbuat dari titanium. Terdapat pelbagai jenis sistem implan dan bila ia digunakan dengan cekap, ia akan menyampaikan rawatan yang sangat berkesan. Matlamat utama semasa tanam implan di dalam rahang adalah untuk mecapai kontak rapat sesama tulang di sekeliling dengan serta merta. Pertumbuhan tulang dari masa ke masa pada permukaan implan dapat mempertingkatkan kestabilan implan tersebut. Untuk menyumbangkan sokongan kepada gigi gantian, implan gigi selalunya mempunyai sejenis benang skru dalaman atau ruang pos untuk membolehkan pelbagai jenis komponen dipasang. Setelah dipasang, komponen ini akan memberikan asas yang akan bertahan untuk jangka masa yang panjang bagi meyokong sarung gigi, jambatan gigi atau gigi palsu.

Siapakah yang sesuai untuk menerima rawatan implan gigi ?

Implan gigi adalah sesuai untuk semua orang dewasa dengan kesihatan am yang baik. Implan gigi dapat digunakan setelah tulang rahang berhenti tumbuh. Oleh itu, ia tidak disarankan untuk pesakit yang terlalu muda. Tabiat seperti pengambilan minuman alkohol dan merokok dalam kadar yang terlalu tinggi dapat menyebabkan beberapa masalah berkaitan penyembuhan awal dan untuk jangka masa yang panjang, ia mungkin akan menyebabkan kesan buruk pada gusi dan tulang sekeliling setiap implan. Segelintir Doktor Gigi akan menolak rawatan implan gigi untuk pesakit yang tidak dapat mengurangkan tabiat merokok.

Walau bagaimanapun, setiap kes adalah berbeza dan jika anda mempunyai masalah kesihatan, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang rawatan - hanya dalam beberapa keadaan sahaja masalah kesihatan menyebabkan anda tidak dapat menerima rawatan implan gigi.

Baca Artikel Penuh Di Sini : Rawatan Implan Gigi / Tanam Gigi & Kos di Malaysia

×

dentistsnearby-newsletter-subscribe-150px-for-web

! IMPORTANT ! Check Your Email

Info Pergigian Exclusive Di Emel Anda!
Exclusive Dental Updates / Offers In Your Inbox!