dentistsnearby-covid-19   dentsplysirona-malaysia-dentistsnearby  StraumannGroup Logo Certified Partner RGB 1   AI logo 400x200 

search-dentists-malaysia

KKM sahkan "Klinik Gigi" Mewah beroperasi secara haram

KUALA LUMPUR – Satu ‘klinik pergigian mewah’ dijalankan secara haram dengan menawarkan perkhidmatan memasang pendakap gigi halimunan dengan harga hampir RM6,000 dikesan.

Kegiatan itu dipercayai dijalankan ‘senyap’ di mana hanya menyewa sedikit ruang pejabat di bangunan pusat beli-belah terkenal di Lingkaran Syed Putra di ibu negara

we-work-braces-6
Screenshot Dari Laman Web ‘klinik pergigian mewah’


Menara berkenaan memiliki tahap keselamatan yang tinggi untuk memasuki premisnya, ia bermakna hanya pelanggan yang sudah close deal sahaja diberi akses masuk.

we-work-braces-2
Screenshot Dari Laman Web ‘klinik pergigian mewah’


Ruang pejabat itu serta klinik itu dipercayai dimiliki oleh pelabur dari negara jiran.

Siasatan wartawan mendapati pelanggan yang berminat perlu menjadi ahli menerusi laman web rasmi yang disediakan serta interaksi hanyalah melalui emel sahaja.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pergigian Doktor-Doktor Gigi Islam Malaysia, Dr Firdaus Hanapiah mengulas perkara itu berkata, perkhidmatan memasang pendakap gigi halimunan hanya dibenarkan di klinik pergigian berdaftar sahaja.

Jika temujanji sudah diaturkan, dua wakil ‘pusat’ berkenaan akan datang untuk mengadakan pemeriksaan gigi pelanggan di ruang pejabat berkenaan.

Bagi temujanji seterusnya pelanggan akan diberikan tarikh, waktu dan lokasi untuk pertemuan.

 

Selain memasang pendakap gigi, klinik itu turut menawarkan perkhidmatan pemutihan gigi.

 

we-work-braces-4

Sumber memberitahu, ada beberapa operasi pergigian mewah yang sama dilakukan di negara ini berikutan penguatkuasaan yang amat ketat jika aktiviti seperti ini dilakukan di Singapura.

“Pemeriksa serta ‘doktor’ gigi berkenaan dipercayai tidak bertauliah oleh mana-mana badan pergigian dan menjalankan perkhidmatan itu tanpa lesen.

we-work-braces-5

KKM sahkan klinik gigi mewah beroperasi secara haram

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sebuah klinik pergigian swasta di sebuah bangunan terkenal di ibu kota beroperasi secara haram.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, klinik gigi berkenaan bukan klinik pergigian swasta seperti yang didefinisikan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Katanya, mana-mana premis yang menyediakan perkhidmatan pergigian hendaklah mendaftar dengan KKM dan sekiranya gagal, premis tersebut boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 5 Akta 586 yang memperuntukkan hukuman didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“KKM sedia maklum dan memandang serius mengenai kegiatan klinik gigi haram mahupun pengamal pergigian haram yang semakin berleluasa dalam menawarkan perkhidmatan pergigian.

we-work-braces

“Pada tahun lepas, KKM menerima sebanyak 95 aduan berkaitan pengamalan pergigian haram manakala sehingga Jun tahun ini sebanyak 31 aduan telah diterima di mana aduan lebih tertumpu di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Sehingga Jun ini, sebanyak 3,112 klinik pergigian swasta telah didaftarkan di bawah Akta 586 dan seramai 3730 pengamal pergigian yang berdaftar di bawah Akta Pergigian 1971 (Akta 51) mengamal di klinik pergigian swasta,” katanya dalam satu kenyataan kepada MalaysiaGazette.

Tambah Noor Hisham, premis yang menyediakan perkhidmatan pergigian juga hendaklah dikendalikan oleh pengamal pergigian yang berdaftar di bawah Akta 51.

“Menjadi satu kesalahan di bawah Akta 586, sekiranya sesuatu premis tidak berdaftar digunakan untuk merawat, cuba merawat atau mengaku untuk merawat, mengubati, melegakan atau mencegah apa-apa penyakit, kekurangan atau lesi atau sakit gigi atau rahang manusia.

“Atau digunakan untuk melaksanakan apa-apa pembedahan pada gigi atau rahang manusia, juga apa-apa kerja radiografi berkaitan dengan gigi atau rahang atau rongga mulut manusia.

“Atau digunakan untuk apa-apa rawatan, nasihat, bantuan pada atau kepada mana-mana orang berkaitan dengan pemadanan atau pemasukan bagi maksud pemadanan atau pemasangan gigi buatan atau korona atau jambatan atau suatu alat bagi pemulihan atau pengaturan gigi atau rahang manusia,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, KKM mengambil berat laporan-laporan yang diterima mengenai pelanggan mengalami komplikasi atau kesan buruk daripada perkhidmatan tidak profesional yang ditawarkan oleh pengamal pergigian haram mahupun di premis haram.

“Ini termasuk perkhidmatan pembuatan gigi palsu, penskaleran (scaling), pemutihan gigi (tooth whitening), venier (veneer) dan pendakap gigi palsu (fake braces).

Pelbagai kesan buruk atau komplikasi seperti kesakitan, infeksi, ulser mulut, gigi longgar, pergerakan gigi yang luar biasa, karies gigi, kehilangan gigi dan gusi yang bengkak serta bernanah boleh terjadi sekiranya rawatan ini diberikan oleh pengamal pergigian haram.

“Di samping itu, peluang untuk dijangkiti Hepatitis adalah tinggi kerana pembasmian kuman ke atas peralatan tidak dilakukan dengan sempurna.

“Klinik pergigian haram tidak menyediakan keperluan yang sepatutnya disediakan seperti klinik pergigian yang berdaftar.

“KKM sering mengingatkan orang awam supaya sedar dan peka akan kesan buruk yang akan dialami sekiranya mendapatkan perkhidmatan daripada pengamal pergigian tidak bertauliah dan rawatan di premis yang tidak berdaftar dengan KKM.

“Menjadi tanggungjawab KKM untuk memastikan keselamatan rakyat dijaga dengan sempurna.

“Justeru, KKM menyeru orang ramai untuk mendapatkan sebarang rawatan pergigian di klinik pergigian kerajaan mahupun swasta yang berdaftar serta daripada pengamal pergigian yang bertauliah dan berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia,” katanya.

Semakan pendaftaran klinik pergigian swasta boleh disemak di laman web http://medicalprac.moh.gov.mymanakala pendaftaran pengamal pergigian di laman web http://dpims.moh.gov.my.



Sumber : Laman Web Malaysiagazette 

Newsletter

dentistsnearby-newsletter-subscribe-150px-for-web

! IMPORTANT ! Check Your Email

Info Pergigian Exclusive Di Emel Anda!
Exclusive Dental Updates / Offers In Your Inbox!

×

dentistsnearby-newsletter-subscribe-150px-for-web

! IMPORTANT ! Check Your Email

Info Pergigian Exclusive Di Emel Anda!
Exclusive Dental Updates / Offers In Your Inbox!