dentistsnearby-covid-19   dentsplysirona-malaysia-dentistsnearby  StraumannGroup Logo Certified Partner RGB 1   AI logo 400x200 

search-dentists-malaysia

 Berapa Lama Saya Perlu Memakai Braces ?

Seperti mana, seorang pesakit mungkin mengalami kesakitan yang agak teruk dan sangat kerap manakala pesakit lain pula mungkin tidak berasa sakit sama sekali. Begitu juga, sesetengah pesakit mungkin mempunyai pergerakkan gigi yang lebih cepat berbanding sesetengah pesakit lain yang mungkin giginya bergerak lebih perlahan. Oleh itu, Kadar pergerakan gigi adalah salah satu faktor yang dapat menentukan tempoh rawatan akan selesai.

Dengan memahami biologi di sebalik pergerakan gigi, kita boleh menghasilkan julat purata yang digunakan untuk kebanyakan kes.

Sebagai contoh, purata untuk rawatan ortodontik penuh mungkin perlukan masa antara lapan belas hingga dua puluh empat bulan. Sebaik sahaja kami melihat pesakit dan mendiagnosis isu yang mereka hadapi, kami dapat memberi anggaran jangka masa rawatan yang diperlukan dengan lebih tepat. Dengan mengetahui punca masalah dan mencipta pelan rawatan, kami boleh menghitung purata masa rawatan.

Ingat, bukan pendakap gigi yang menggerakkan gigi, tetapi doktor yang membimbing pendakap gigi. Sebagai contoh, walaupun dakwaan besar dibuat tentang pendakap gigi self-ligating menggerakkan gigi lebih cepat, terdapat banyak kajian yang membuktikan sebaliknya. Kebanyakkan jurujual barangan ortodontik baru-baru ini telah membawa masuk pendakap gigi ini ke dalam pasaran, tetapi pendakap gigi pastinya tidak akan menentukan masa rawatan.

Apa yang penting ialah biologi pesakit dan pengalaman serta kepakaran pakar ortodontik yang membimbing rawatan anda. Ia lebih kepada pengendalian rawatan oleh pakar ortodondik dan cara dia menetapkan diagnosis dan rawatan yang menentukan masa rawatan. Secara biologi serta secara purata, gigi hanya boleh bergerak satu milimeter sebulan dan pada hakikatnya, semakin banyak daya yang dikenakan pada gigi, semakin kurang ia akan bergerak.

Ini disebabkan oleh "penyerapan yang melemahkan," di mana saluran darah di sekeliling gigi tersumbat, sekali gus mengurangkan sel-sel di kawasan itu untuk tindak balas keradangan dan menyekat pergerakan gigi.

Sekali lagi, ini semua bergantung sepenuhnya pada diagnosis yang betul dan dedikasi terhadap rawatan. Fikirkan cara ini: Apabila anda makan di restoran yang bagus dan menikmati hidangan anda, anda biasanya tidak bertanya tentang jenama alat memasak yang digunakan oleh chef.

Anda lebih berminat dengan resipi itu sendiri dan teknik tukang masak, bahan-bahan, suhu yang digunakan, sebarang kaedah khas untuk menyediakan makanan. Tetapi anda tidak akan bertanya nama pisau atau pembuat kuali tumis.

Baca Lebih Lanjut Di Sini : Berapa Lama Saya Perlu Memakai Braces ?

×

dentistsnearby-newsletter-subscribe-150px-for-web

! IMPORTANT ! Check Your Email

Info Pergigian Exclusive Di Emel Anda!
Exclusive Dental Updates / Offers In Your Inbox!